Khamis, 28 Februari 2013

Teori perkembangan menurut Arnold Gesell

Ini merupakan entri pertama saya bagi subjek PPEK 3104 (Perancangan Program dan Strategi Pengajaran). Saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman dan ilmu kepada semua. :) harap semua dapat enjoy dengan blog ni. TQ

Terdapat banyak teori perkembangan kanak-kanak, antaranya ialah Arnold Lucas Gesell atau lebih dikenali sebagai Arnold Gesell (1880-1961). Beliau merupakan seorang ahli psikologi perkembangan kanak-kanak. Antara buku beliau ialah "An Atlas of Infant Behaviour" (1934) dan "Infant and Child in the Culture of Today" (1943). beliau mempercayai bahawa perkembangan berlaku secara dalaman. Ini bermakna, ciri-ciri tertentu akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian.

Sekiranya otot, saraf, otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif. Menurut Gesell juga, perkabangan boleh dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu :

Peringkat Pertama (0- 1 tahun )
Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian.
Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.
Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.
Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.
Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.

Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna “ jangan”

Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )
Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah.

Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )
Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah.

Peringkat Kelima ( 5 tahun )
Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah.

KANDUNGAN
HASIL PEMBELAJARAN
Psikomotor - Motor
Halus
1.1 Menguasai
kemahiran motor
halus
1.1.32 Menggunakan jari untuk :
a. meramas
b. menggentel
c. mengoyak
d. mencubit
e. menguli
f. memicit
g. merenyuk
h. melipat
i. menguntai
j. menjentik
k. merenjis
1.2 Menguasai
kemahiran motor
halus - koordinasi
mata tangan
1.2.5 Membuat pergerakan tangan
mengikut arah
1.2.6 Mengawal pergerakan mata-tangan
dengan betul
Psikomotor - Motor
Kasar
2.1 menguasai
kemahiran motor
kasar
2.1.1 Berjalan ke hadapan, ke kiri, ke
kanan dan mengundur
2.1.2 Mengimbangkan badan dengan
berdiri sebelah kaki tanpa
bantuan
2.1.3 Berjengket beberapa langkah
2.1.4 Melompat dengan kedua-dua
belah kaki sejauh dua meter
2.1.5 Meloncat berterusan 1 minit
2.1.6 Berlari ke arah yang ditentukan
sejauh dua puluh lima meter
tanpa berhenti
2.1.7 Naik dan turun tangga tanpa
bantuan dengan gerak langkah
selang seli
2.1.8 Mengimbang badan secara
berjalan atau meniti
2.1.9 Skip berterusan 1 minit
2.2 Menguasai
kemahiran motor
kasar - koordinasi
2.2.3 Menggerakkan kepala ke
pelbagai arah
2.2.4 Menanduk bola
2.3 Menguasai
kemahiran motor
kasar - koordinasi
mata tangan
2.3.3 Membaling objek ke sasaran
2.3.4 Menyambut objek menggunakan
dua belah tangan
2.3.5 Membaling, menangkap dan
melambung objek besar dan
kecil
2.3.6 Melantun dan menangkap
2.3.7 Melompat menggunakan tali
skipping
Menguasai
koordinasi anggota
badan
2.4.3 Memanjat
2.4.4 Bergayut
2.4.5 Membuat pergerakan
menggunakan seluruh anggota
badan
2.4.6 Membuat pergerakan berguling
2.4.7 Membuat pergerakan haiwan